Cute Ghost

About Me

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Hey hey hey Everibadi . Im Aisya. Can call me Aisya, Eyca , Kak Ca or wtv that you want to call me . Seven teen SPM year <3 Account Student . Simple and Gedik girl .Ahaks ! Enjoy reading ^^

Saturday 17 December 2011

Saya Rindu Kawan Kawan saya :'( .


Ca rindu sgt sgt kawan ca . Sumpah ca cakap :( . Ca rindu sekolah and tak sangka sekali Ca rindu nak belajar. #Sumpah tak sangka . 

Mmg hidup Ca skng tak struggle or boring but . . . I want to see my friends more often like at school. Sekarang ni masing2 dah buat hal sendiri . Nasib Baik ada Facebook ni . Kalau tak mmg kitorang tak bertegur sapa lah . :( 

Ca hope korang rindu Ca juga ya . Hihihi . Kenangan manis kitorang bersama kat sekolah mahupun di mana2 saja Ca tak lupa kan . Ca janji . :)

Okay , Mari Ca kenal kan besties Ca . :) . 
Besties pertama Ca semestinya . . . FARHANA AHMAD . 

 Yeahh . This is my baby . Sumpah rindu dia . Tahu tak semalam Ayah dia ngn adik2 lelaki dia
pergi ke Secret Recipe untuk beli Cake but dia tak da . Sumpah lah cakap Ca mmg harap dia ada . Boleh jumpa. Hurm . Dia ni mcm Alarm Clock Ca sbb dia always msg Ca macam ....

Farhana : "Sayang , Esok bawak duit buku .. bla bla bla ."

Hurm . Senang cerita dia ni macam mak Ca lah kat sekolah . Lebih2 lagi rindu dia cakap mcm ni . .

Farhana : "Sayang kenapa bersepah sgt buku2 ni ? Ishh. Anak dara apa ni . #tolong kemaskan."

Wahh . My baby !! I miss chiu so mucchh ! :'( 

Then , Here is my Amilia Ain . Aku sumpah rindu gelak kau , senyum kau . Wahh . Mmg rindu ni .
Kau selalu hiburkan aku bila aku stress ngn muka innocent kau tu . Haha. Hadoii. Nak sgt hangout ngn kau lagi but susah aku dah dpat kerja :( 

Ni pic masa kitorang g Sunway :) . Kalau korang nak tau ni lah muka innocent dia. Haha. 


Yang ni pula , Kawan Ca yang sgt mulut laser and murai . Haha. 
Dia ni suka cakap lepas je . Tapi , Ca dh knal sgt dia . So Ca tak pernah ambik hati lagi .
Yang ni nama dia Priyanthini . Kitorang panggil dia Priya .
Dia ni juga playgirl terkenal kat skolah. Haha  . #im so sorry priya . :P

And This is my pretty girl Jing Han . Haha . Dia ni pemalu orangnya. So dpat juga lah Ca tngkap picture ngn dia.
Haha. Korang perasan tak kwn2 Ca ni dah mcam Gagasan Satu Malaysia ? Haha . Yeah . Ca sahut seruan PM kita :) . 

Yeahh . This is kawan2 Ca yang gila2. Diorang ni mmg funny . Yang belah kiri korang nama dia Aizat and yang belah kanan korang nama dia Faris . Yang Faris ni ialah boyfriend Amilia. Dekat sekolah ramai cakap Ca ni ada apa2 ngn Faris . Actually , Dia ni Boyfriend Amilia . Bukan Ca okaaay ? :) 

Actually , banyak lagi Besties Ca kat sekolah tapi tak sempat plak haritu tangkap Picture ngn diorang . Hurm 
:( . 
Antara yg saya sgt merindui ialah Farhana Alias , Diana Azman , Nazihah , Ema , Shakirah
and banyak lagi . 

Nnt bila Ca dapat cuti kita hangout kay ? :) . HIIHI


Here is my Akak Angkat . This is kakak Afifah a.k.a. Akak Eyfa.  
Akak Eyfa ni mmg sumpah cantik gila . Dulu always cerita masalah2 ngn dia . Mmg Rindu dia.
Ca tak sgt contact ngn dia sebab Ca thun ni busy ngn SPM then skng ni busy ngn kerja. Wahh. Mmg rindu sgt . Jarang Call and Webbie skng ni . Akak pun skng busy kat Matrik . Apa2 pun
akak tetap kat hati saya <3 . Ececeh . Hihi
Akak Eyfa ni orang yang manis and sopan je. Cantik kan dia ?
Haa. Tu lahh . Im so jelly . Huhu.
Sayang akak :*

Yeahh . Ni yang actually Ca nak kenalkan kat korang ni . Ni Abang Nik a.k.a Muhd Syafiq .
Dia ni baik gila . Dia ni suka bg Ca sedar and Nasihat2 dia semua berguna . Dia buat aku sedar . 
Dia juga mentor Addmath & Akaun Ca . Sumpah dia ni pndai gila . Im so jelly . !! Nak jugak pndai ! Cis . 
Mcm nk minta alat Doraemon je supaya sedut semua kepandaian dia. Hahaha. Dia ni juga merangkap Diari Ca. Haha . Suka cerita masalah2 kat dia and dia mesti bg nasihat2 yg berguna kat Ca :) . 


Haaaa. Yang ni Muhd Ifat a.k.a Casanova sekolah dia. Dia ni mcam suka bajet artis . Sumpah Cakap . Hahahah. Lalalala ~ But dia ni juga lah yang always buat lawak bodoh untuk ceriakan Ca . Kalau Ca tension mesti dia akan tension kan lagi Ca. Hahaha. But , Dia ni useful gak . Suka buat Ca happy . :) 
Dia ni suka nyanyi . Suara dia ni agak sumbang but perasan sedap . LOL . #takda ahh . Boleh lah tahan suara dia . 

That's it for now. Thanks for the reading guys .
Assalamualaikum . 

Friday 9 December 2011

Hangout with Friends at Sunway Pyramid :'D

Jyeaahh ! Finally keluar hangout ngn kawan2 juga :'> 
Ca amat rindu sama diorang ohh . Sekarang pun dh rindu . Hurm .
Lepas SPM nnt semua buat kerja2 masing2 so takut ada yg lupa lah apa lah . 
I know it's normal kan ? Hurm . 


Ca keluar ngn Amilia , Priya , Jing Han , Faris , Fazrul and Azizi :) 
I know 1 Malaysia right ? Hahaha . 


 Hihi . Ni masa tgk wayang . Saya tgk wayang Arthur Christmas . Memandangkan cerita yang lain lagi tak seronok , Oleh itu saya pilih lah cartoon . But , Thank god ! Best juga cerita tu . 
Pastu yg tak tahannya , Cinema kat Sunway Pyramid under renovation so mcm tak syiok ahh kan  . 
Dinding semua dia buat baru then terkopak2 lagi . So , mcm daif gila . Nasib baik lah bilik cinema dia selesa gilaa. Suka ohh tgk . Nak tgk ombak rindu dah kluar kat Astro First so tak yah lah . Tgk ah Cartoon .

Then , yang tak tahannya masa tgh tgk wayang Priya tumpah kan popcorn . Hahaha ! Habis beli penuh tinggal sket je . Bersepah hbis . Hahaha . Lawak lah bila teringat balik . 

Lepas tgk movie Ca pergi jalan jalan then snap pic sama2 . Disebabkan dah nak dekat Christmas so tema Sunway Pyramid mesti lah berkaitan dgn perayaan Christmas tu . Tgk tu haa. Belakang Ca ada snowman . Hik2. So comeyyyy . !! >,<


Wahh !This is REINDEER  <3 Ni lah rusa yang boleh "terbang" guna Magic Dust tu . Haha .
Macam nak naik je ohh . Nak rasa terbang gak enn ? enn ? . Haha . 

Muka Bajet angkat berat . hahaha. :p
Ini Wishing Will . Paling Coin 1 dollar and make a wish that you want for .
But For Muslims , Don't you ever ever do that ! . Nanti jadi Khurafat
#Marah . 

Ini rumah Santa Clause lah kiranyaa. haha :P 
Nice gila dia punya decorations . Hope you guys can go there. :D
No doubt . 

Lepas snap pic kat situ . Pergi lah makan . Then jalan2 pergi cari beg amy and carikan patung DOMO untuk adik amy . Hihi . 

Yang ni lahh DOMOOOO . #actually satu je "O" dia . Haha . Comey kan kan ?
Tapi ni pinjam bergambar je . Tak mampu nak beli . Mahal sgt : ( , Tunggu dapat gaji . Ececeh .

Cehh , mcm artis do . Kan kan ? Kena tangkap picture ngn Paparazzi . #perasan . Haha .
Eww . Jangan ahh jadi artis . Tak elok . Dosa dosa. 

Saya tahu saya comel . Terima Kasih . Ahakss . :p 
#hanya lawak semata2 tiada kena mengena dgn hidup atau pun yang meninggal dunia . :'>



Pastu pastu ! Ni part best kot . Haha . Saya pergi main tembak2 ! Haha . Menang plak sehhh.

Tengok muka tu ! Mana tak menang . Hahaha . Expression habis gila . 
Semangat berkobar2 masa menembak tepat pulak . Fuuuhh ~ 

Amek kau ! Amek kau ! Ekheleh tu je kau mampu buat ? . Bwahaha . Sumpah lawak do muka ni . 
#just for fun . 


Sekian sahaja post kali ini . Pada kawan kawan saya , Hope sangat dapat keluar ngn you guys lagi . Rindu sangat sangat . Thanks for the happy moments and I hope that you guys will miss me too :'< 

Thanks for reading . You're just great! Thank you . Assalamualaikum. :) 



Wednesday 7 December 2011

Yeeehaaaaa ! SPM SUDAH HABIS !! ... ahaks.!

 Saya lepasan SPM Hikhik . Dah besar kan saya ? Walaweh. Tak Sangka . #Bangga Kejap


Hey Everibadi ! Waahh . Saya amat merindui untuk menulis belog ini .
#terharu jap smbil megesat air mata.. Hukhuk. Saya juga ada banyak banyak mau cerita sama anda semuaa. Firstly , Thanks Membaca ya ! Don't Stop Reading ya baby <3 Hikhik.

Mcm yg anda semua tahu , Saya baru melepasi Exam ESH PEE EMMM. Wahh. Mmg Ca cakap lah kan. Debaran and Aura exam kali ni mmg menggerun and berbeza dari exam2 yg Ca penah jawab sebelum ni. SPM kan ibarat menentukan kejayaan kehidupan kita pada masa akan datang. Sbb tu lah , Ca pun rasa cukup ke ilmu kat otak aku ni nk jawab SPM ? SPM kau jgn bawak main2 Ca . Korang pun tau SPM juga di antara exam yg plg penting untuk berjaya kan kan ? #Teruk ah bg sapa yg tak tau . hehe.

Dgn last last minitnya lah aku blaja struggle gila . Haha . Standard lah kan ? Biasanya pelajar zaman skng mesti study last2 minit . Tu yg gabra tak tntu psal . Okay , This Is Rumusan yg Ca buat untuk setiap exam SPM yg Ca hadapi.  :')


BaHaSa MaLaYsIa : Senang dari thun 2010 .Alhamdulillah but Takut graph naik. 

 BaHaSa InGgErIS : Sama juga. Okay ja. Senang pada Ca . Mmg berharap dpat A.

SeJaRaH :  Ni mmg mengejutkan , Tak pnah2 sejarah sng . Tp spm pada Ca sng. Byk soalan KBKK. Shock gak mula2 dpat kertas tu -.- . Graph jgn naik ohh. Pelisss .

MaThEmAtIcS : Ni pun shock gak ah. Elok2 trial pada Ca sng dah susah plak kertas math SPM . Byk confuse :'( . So result redha jelaaa . Huwaaaaa !

PeNdDiKaN  IsLaM : Yang ni mmg Best ! Terbaik ! Suka Ca jawab ! Hope Ca dapat A+ . Hik3 . 

AdDiTioNaL MaThEmAtIcS : Yang ni !! Lg tak percaya . Ca mcm whoaa! "Aku boleh buat seh ."  Tak susah cam trial . Alhamdulillah . Graph oh graph , jgn lah gatal2 nak naik .Hehe. 

ScIeNcE : Yeahh ! Ni lagi lah. Ehh , apsal komen cam makin lama makin Excited ? Haha . Tapi science is the best ! Ca mmg target A+ untuk science . Awesome ! I heart u science <3

PrInSip PeRaKaUnAn : Haa. Yang ni Ca down sket . Ca rasa soalan mmg mncabar . Haihh . Takut . Ca mmg shock ah and hadapi complicated situation masa jawap paper ni . Apa2 pun Ca dah try the best . :'>

EkOnOmI AsAs : Yang ni lagi lahhh ! Tak pnah2 susah time trial and past year tbe2 plak susah time spm . Pergh . Yg paper ni mmg takut . #hoping graph this year merudum . Hahaha.

Hehe . I know . This's a bit skematic topic kan kan ? Haha. But saja nak share . 
As usual kalau korang suka post ni korang like lah :') . Hehe .
Thanks for reading guys . Post kali ni berhenti setakat ini . InsyaAllah lebih byk menanti. 
Assalamualaikum . 


Mesti rinduu SMK Alam Megah nanti . :'>





Thursday 10 November 2011

Huwaaa huwaaa . Nak Jersi Malaysia !!


Hey Everibadi ! Korang mesti ada kan jersi malaysia ? Hurm. Ca takda ! Ca nak sangat. Mahal lah. Geram plak ohh. Harga RM 45 lah. Kena kumpul duit lah ca. Tapi if korang tau blogshop mana yang jual jersi murah2 kasi tau ca ya. Korang boleh komen je kat situ. Nanti ca balas :).

Ca mmg nak sangat oh. Tak tau kenapa. Maklumlah football fever lah katakan. Tgk kawan2 ca ada , ca pun nak and then nice lah jersi tu. Ca pun bangga dgn prestasi pasukan malaysia kita. Bukan senang nak menang kan. Sebab tu kot Ca nak beli. Bila kita pakai jersi malaysia, kita bangga dengan pasukan bola sepak negara kita :D .


And for the last part. Doakan kejayaan ca untuk spm ca ya. Maafkan ca jika ca ada buat salah. Mungkin lepas ni ca tak update lagi story2 ca kat sini. Ca mean semasa SPM lah. Lepas spm ca smbung balik lah. Hik hik hik. Lagi banyak kot post2 yang akan datang. Haha. Korang tunggu jela ya :) .

Terima Kasih membaca. Jika korang ada blog juga. Follow lah ca. InsyaAllah ca akan follow blog korang balik . Kbai . Assalamualaikum :'>

Thursday 3 November 2011

Breakfast dgn awak :')

Weee. Wah lama gila tak update belog ni . Winduuu. Winduu Sewinduu winduu nyaa. Ececeh . Ahaks. Eww. Ca tak layan  okay lagu tu . Remp - it . Hohoho. Jiwang karat je lebih . #okay sapa yg terasa minta maaf. 
Hihi . So ! Amacam korang ? Sihat sihat je kan ? Yang demam tu biasa lah , musim demam kan sekarang ni 
 yg penting jaga kesihatan korang ya .  

Nak tau tak ? Nak tau tak ? Haa? Tak nak ? :( erm yelahh. #gedik . 
Okay , tak nak tau pun. Kena baca juga. Cuti seminggu time deepavali aritu kan , Ca kena infection kat tangan . Teruk betul . 4 jari tangan kanan kena . Bernanah habis. Eww. GELI GILAAAA Kan kan ? Korang baca ni pun dah geli apetah lagi Ca yang kena ni . Ish ish . Nasib baik lah time tu cuti tk pyah sekolah . Tapi Ca tak dapat smbut deepavali lah . Baru nak main mercun ngn anak jiran sebelah . Kuang Kuang Kuang. Haha. Ca tak belaja selama 5 hari sbb tak boleh tulis. Mmg Ca cakap lah , merana gila. Dugaan sebelum SPM kan . Hope ada hikmah disebaliknya. 

But Alhamdulillah , Now dah sembuh . Mmg bersyukur sangat2. Takut Ca kalau tangan Ca ni tak baik baik . Macam mana nak jawab exam nanti . SPM dah lah penting . Kan kan ? #Angguk je la korang. Haha

Orait , Korang mesti tertanya tanya kan . Apa kena mengena Ca punya tangan Infection dgn Title post kali ni . Haha . Okay , ni baru nak story :) 

Awak tu korang dah boleh detect la kan . Refer tu sapa , mesti lah dekat orang yang Ca suka kan . Paham2 je la. Sapa yang tak penah suka sapa sapa kat dalam hidup ni . Biasa lah bro . Hoho. 

Si "dia" tu mula2 text, then ajak Ca breakfast. Ca mula2 mcam tak percaya. Biar betul mamat ni ? Text aku kata nak breakfast sama ? Huh ? #sebelum ni tak pernah jumpa pun . Bila nak jumpa ada je la halangan . Macam2. But kali ni mmg di luar jangkaan dapat breakfast ngn dia. #beruntung pun ada . Ahaks !. Hihi

Tapi Ca tahu , Keluar kali ni tak semestinya ada meaning apa2 kan ? So jangan lah berangan sangat .
Then fikiran bukan2 tu dah terhapus lah dari kepala Ca. Ca pun menerima lah pelawaan si "dia" yang hendak breakfast sama2. Hee.

Ca aturkan perjumpaan kami kali ni dekat KFC. #sebab tu ja yang paling dekat kat rumah . First time juga rasa breakfast menu kat KFC . Hoho. Boleh lah ~. 

Tapi Ca seronok bukan kat KFC , but terlepas juga rindu Ca kat si "dia" tu . Dah lama dah tak contact . Berjumpa apetah lagi . Balik2 di muka buku juga lah kami berchatting . Tapi berterima kasih kat Facebook juga , kerana laman sosial itu lah membuat kan Ca kenal dgn si "dia" tu . Hehehe. #gatai. 

Part paling best time dalam kereta ngn dia. Cara dia bawak kereta sumpah comel . Terkedek2. Haha. But unik . Tak penah tumpang kereta orang yang bwak terkedek2 ni . Experience best gila. Hahaha. Pecah perut juga bila teringat balik . Hehe. 

Muka dia pun tak banyak berubah masa time dulu dulu. #Dulu sekolah rendah sama. Memang muka baby face la ni . Haha. Then tgk dia gelak mmg buat hati rasa senang . Haha. First time nampak dia gelak n senyum2. Ca admit lah , mmg comel >,< . Hihihi.. Tapi depan awak jangan harap sy nak puji awak . Nanti jdi awkward pula . Biar lah kita jadi diri kita sendiri  ja. Hee. 

Ca keluar dgn dia lebih kurang dlm 45 minit je . Sekejap kan ? sebab kami balik sebab tak tau apa nk cakap lagi . Hurm . Tkpa , nanti saya ikut cadangan awak ya.Saya tulis dlu dalam buku nota soalan apa yang saya nak tanya kat awak . Awak pun buat macam tu juga ya. Hehe. Tak da lah malu2 kita nak cakap nnti . 

Walaupun 45 minit je. Tu pun dah buat Ca happy gila bila balik  rumah . Satu hari tu Ca happy je . Senyum sampai di telinga. Haha. 

Tapi Ca tak mengharap , Ada jodoh ada , Takda tak pa. Tapi mmg susah saya nak lupakan awak. 
Saya dah cuba tapi tak boleh . Saya mengaku saya stalk page awak bila saya online. Bukan saya nak , tp tangan saya tu yang ngada ngada nak type "nama facebook awak" . Hurm. Maaf jika awak tak suka. Saya paham . Tak mungkin kan . Hope awak gembira dgn kehidupan awak sekarang :') . 

Itu sahaja untuk post kali ni korang . Assalamualaikum :) .Terima Kasih kerana sudah membaca. 


Alangkah bagusnya kalau Ca beli buku ni dulu . :') 





Saturday 1 October 2011

Jyeahhh. I love love museum :) Haha.

Hey hey hey , Okay tak sangka akan menaip seperti yg tertera di atas. Haha. Sebab jarang orang suka pergi museum kan kan ? Selalu pergi theme park ke Shopping mall ke . Baru gempak. Kan kan ?
Nahh. Act , Suka museum tu tkda lah betul sgt . Hoho. 
Suka sbb semalam Friends Ca ngn Ca. Have a lot of fun together even lawatan tu hanya di museum sahaja. 
Sebb ade quiz yg best ala2 expolarace . Tu yg gempak tu  Berkejar sana sini sbb nak cari jwapan.
Orang lain dok relaks je tgk tgk khazanah2 kat museum negara tu . Tapi , Kami dok berlari berkejaran sbb quiz. Tuntasnya, Mmg best lah . Awesome ! Nak ulang balik . Huhuh.
Rindu time tu . Sbb rasanya ni last lawatan yg Ca pergi bersama2 besties Ca yg anjuran sekolah. Lpas ni tak tntu :( . Hurm I will miss you guys , Babe <3

Ni picture masa pagi pagi dok berkumpul kat kantin . Hik hik . 



Tu dia museum negara kitaaa <3 Im proud to be malaysian ! #Takda kena mengena. :P

Tu dia tu dia. Kami dah start bergambar dah. Hoohoo. Btw, Belakang tu kereta bomba pada 1948 . 
Kereta Bomba tu tkda bumbung . :O . Habis bomba basah kalau kena air hujan. Hik hik.


Saya lah captain kapal ni sbb tu lah karam . Muahaha. :D 

Kedatangan Islam di Tanah Melayu . :D btw , Patung Pak Arab tu hensem . Tak tipu ;D  
Hik hik .

Raja Abdullah membuat perjanjian  dgn Pihak British . Oh my godd :O. Haha

Ehh. Asyik tangkap pic patung je kan . Apa kata saya tngkap pic kamu pula. 
Cakap Kejuuuu. Hoho.

Bunga Emas yg Tanah Melayu mempersembahkan kepada Siam . :D

Okay okay , Jangan tidur . Bangun Bangun ! Haha. #joking .
Sejarah interesting kan ? 

And This is the best part . . .   

 Saya tahu saya  BERANI . Hohoo. #pdehal hati mmg dah tkut sgt . Hik hik . Btw ular ni sgt sgt lembut and licin. Ular ni kiss pipi Ca. Ca tahu lah ca comel. HOHO. #okay joking. 

That it for now. Thanks for your reading .. Ca LOVE MUSEUM anda pula bagaimana? Haha. 
Assalamualaikum. 





Friday 30 September 2011

Shakirah Open Haussssss. :D

 Hey , Fuh fuh fuh . #tiup habuk kat blog sbb dah lama gila tak update. Hoho. 

Tau tak Tau tak . Result Trial saya okay laaah. Hihih. Alhamdulillah. But A nya tak byk . Kena usaha lagi kan kan ? Doakan saya ya. :*

Lpas habis Trial. Kawan2 Ca byk buat open hausss. Haha. Kasi Haus sikit. Haha. Then , Pergi lah . Nak makan byk byk . Nyum nyum. #mkn jelah tau . tu yg makin bulat tuh . Aiyoo. 

Rumah Shakira lah antara fav rumah Ca beraya. Hoho. Orang kaya punya rumah sapa tak sronok . Hihi. #Joking. 
But , My syg Farhanah Ahmad tak dpat pergi sbb ada complicated situation. Hurm . Tkpa , Here some pictures that i wanna show to you guys . :) 

Kitorang omey kan kan ? Hhihi. #gedik . I will miss you guys. Mmg gila punya miss nanti bila lpas SPM. Hurm. :"(



Makanan yang di saji kan . Sedap tau . Sedap sgt sgt .Nyum nyum . #Tak hingat berapa kali tambah . LOL

Haaaa. Yg ni lah Tuan Rumah nyaa. Yg berjubah warna hitam tu ya. Bukan yg pink tu . Yg pink tu menggedik je. Hihihi. :D

 Haa. Yg ni pula sesi menggedik. Kih kih . Hee. 
Tu saja . Sekian saja buat masa ni . Thanks for reading . I love u guys <3. Perempuan je kay . 
:P .

Sunday 18 September 2011

Toturial " How to wear a Shawl " ;D

Hey Everibadi , Today punya post ca nk cerita psal Hari ni ca upload video toturial shawl ! Hee. 
Gedik gedik nak buat video gak kan . Hoho. ;D . Before korang tgk lagi video yang ca buat tu . Ca nak mohon maaf sgt sgt sbb ca byk tergagap and tersasul kat dlm video ni . #Maklumlah first time buat video sndiri. Hoho. 
Then mohon maaf sgt sgt . Niat ca nk tutup leher. But ternampak gak sikit leher ca tu . Haihh. Haiyoo. 

But this is the best video yg ca bole buat because yang lain lagi teruk . Hahah. Hope korang enjoy and korang boleh try sendiri cara ca pkai ni . 


Hehe. Thanks for watching ! Love you guys <3 Perempuan je kay . 
Assalamualaikum ^_^

Saturday 17 September 2011

Wahhh ! Ponatnya Den Pogi Berayo ! ;P





Hey Everibadi , Haihh. Ponatnya tadi den gi berayo berumah rumah den pogi. HAHA. #betul ke tidak ,tak tau lah eden bukan org minang. :P. 

Okay , Back to the topic. Eyca hari ini nk cerita psal Eyca pergi beraya . Rmai juga yg ajak eyca pergi open house diorang but tak semua yg Ca boleh pergi sorry2. Sebab , Ca terpksa pergi rumah kwn2 parents ca. Katanya , nk tunjuk anak2 masing2. Tahu lah anak sulung dia cntik :P . Haha. # Just kidding . So , di sebab tu lah ca tak ley pergi open house korang , Sorry Arif , Adeeb and Farah. Terpksa tak pergi bukan tak nak pergi tau tau . Jangan Merajuk okay ;) . Sayang korang <3

Then , Selain pergi rumah kawan2 parents ca punya open house, Ca pergi Open House Mak Ngah . Open House Mak Ngah walaupun kita kita je. Tapi , Lagi best dari rumah2 lain . Hee. Masakan Mak Ngah Ca tadi sedap sgt . Pekena air asam and sambal belacan Mak Ngah , Ca terus makan. Hee. 

 Act , Hari ni rumah makngah untuk keluarga je . So sikit2 je yg datang :) 

Pastu ! The Climax is , Pertama kali dlm sejarah Ca pergi Open House then BLACK OUT !!
Wah panic adik2 ca dorang sibuk lari2 then tbe black out mmg menjerit lah . Hahaha. 


Korang nmpk ? Korang nampak ? Ca pun tak nampak . Wahahaha ;D
#Tanpa Flash .

  Gambar di atas tadi tu sebenarnya mcm ni lah lebih kurang , Tapi atas tanpa Flash yg ni guna Flash :) 


Nasib baik lah Black out tadi tu tak lama , Tak sampai sejam pun . Bgus lah . Korang pnah tak ? Pegi Open House tbe2 Black out ? Tkpnah kan kan ? Haa. Ca penah ;D #bangga sikit . 
New Experience kan ? Pikir2 balik gempak gak . 

Okay this some pictures that i wanna  show to you guys :) , 

Saya omey saya omey :P . Haha. #perasan.

Mengada nak tunjuk fashion apa kali ini gak :p 


Yeahh . Saya sayang mereka2 ni tau <3

Okay , Gua pnat cerita2 sama lu ni bro . Mata pun dah stim je. Mahu tido bro .:) . Haha
#Just Kidding . Thanks for the read guys . Love you . Just for the girls :P . Hee.
Assalamualaikum .